fbpx

Pejuang Subuh, kita tunjuk contoh baik didik anak – Ashraf Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashraf Muslim bangga melihat anak-anaknya mampu bangun awal pagi semata-mata mahu berjemaah di masjid.

PETALING JAYA – Pelakon Ashraf Muslim bangga melihat anak-anaknya mampu bangun awal pagi semata-mata mahu berjemaah di masjid.

Kata Ashraf, 43, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan dapat memberikan didikan terbaik sejak usia kanak-kanak lagi.

“Alhamdulillah, hero-heroku berjaya bangun pagi untuk solat Subuh berjemaah di masjid.

“Tahniah anak-anakku. Jadilah pejuang Subuh dan ayuh berjuang bersama.

“Mahu didik anak, kita kena tunjuk contoh kepada mereka. Saya akan jadi terbaik untuk menjadi bapa yang hebat,” katanya menerusi Instagram.

Dalam masa sama, aktor yang mempunyai dua isteri itu turut menyatakan kelebihan berbuat amalan baik selain mendoakan setiap insan diberikan hidayah untuk istiqamah.

“Insya-Allah, Allah akan jaga dan bantu kita dalam setiap hal seharian dari soal rezeki dan keturunan kita.

“Doakan kita semua dapat istiqamah dalam amalan seharian. Amin,” jelasnya.

Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana isu belum dikurniakan zuriat sepanjang dua tahun perkahwinan.

Bagaimanapun, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 9.

Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013 pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 10, Adam Ashraf, 9, dan Safiyyah Ashraf, 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI