fbpx

Isu kadar upah pemandu p-hailing bakal dibawa ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat para penunggang Grab ketika melakukan bantahan bagi menuntut struktur tambang yang baharu di hadapan bangunan Grab Driver Centre Axis, Petaling Jaya di sini petang ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

PETALING JAYA – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bakal membawa isu upah penunggang p-hailing ke Parlimen, Februari ini.
Menurut beliau, nasib penunggang p-hailing di negara ini perlu dibela rentetan pendapatan mereka terjejas teruk akibat inflasi dan kenaikan harga barang.

“Dalam Parlimen Dewan rakyat yang akan berlangsung dalam masa terdekat, saya sendiri akan minta mereka menjawab isu ini.

“Sekiranya mereka cuba mengelak, maka mereka sendiri akan dikenakan tindakan undang-undang. Saya hanya inginkan keadilan yang sewajarnya bagi mereka melangsungkan kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika turut serta dalam Protes Grab Blackout yang diadakan di luar Ibu Pejabat GrabFood di Axis Business Campus, Seksyen 51A, semalam.

Tambah Wan Ahmad Fayhsal, penunggang p-hailing yang terkesan dengan penurunan kadar upah boleh memaklumkan kepada Ahli Parlimen jika terdapat mana-mana pihak atau individu yang melayan mereka secara tidak adil.

“Kami (Ahli Parlimen) akan mendesak kerajaan untuk bertindak demi kebajikan pemandu dan penghantar makanan.

“Perkara ini juga bagi memastikan masa depan rider dan pemandu yang membantu rakyat Malaysia dari subuh hingga senja,” tegasnya.

Terdahulu, tular sebuah poster kempen boikot Grab yang dipercayai dilakukan oleh penunggang p-hailing kerana tidak berpuas hati dengan kadar upah baharu yang ditetapkan oleh syarikat tersebut.

Walau bagaimanapun, Grab di dalam satu kenyataan mempertahankan struktur tambang penghantaran dan bonusnya yang baharu kerana ia dilihat lebih memberi manfaat kepada kumpulan pekerja tersebut.

Struktur baharu tersebut menyaksikan tambang asas dikurangkan tetapi insentif diterima penunggang p-hailing dinaikkan semasa penghantaran pada waktu puncak, pengambilan jauh dan masa menunggu tambahan bagi penghantaran ‘pick-up’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI