fbpx

Bedah siasat rangka manusia selesai, sampel patalogi sudah diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BATU PAHAT – Sampel patalogi daripada rangka manusia tidak sempurna yang ditemui di sebuah rumah terbengkalai di Jalan Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini petang semalam telah diperolehi melalui bedah siasat pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan sampel yang diterima akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti si mati.

“Proses bedah siasat ke atas rangka manusia yang ditemui di sebuah rumah terbiar semalam sudah dilakukan dan sampel sudah diterima hari ini.

“Sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk DNA perbandingan dengan rangka si mati dan ahli keluarga,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, dalam perkembangan sama, tiga lelaki masing-masing berusia 24 hingga 39 tahun yang ditahan baru-baru ini direman sehingga 27 Januari ini.

Katanya, polis telah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam sidang akhbar berkata, penemuan rangka manusia tidak sempurna itu selepas salah seorang daripada suspek membawa ke lokasi kejadian.

Rangka manusia yang ditemui semalam itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan ibu tunggal dua anak, Mira Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI