fbpx

[VIDEO] Penduduk di Santan rakam ketukan misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki didakwa sempat merakam video ketukan misteri di rumahnya di Santan, dekat Kangar pada kelmarin.

KANGAR – Seorang penduduk di Santan di sini mendakwa mereka diganggu ketukan misteri dan sempat merakam video kejadian itu yang berlaku awal pagi kelmarin.

Menerusi video tular itu, kedengaran bunyi ketukan sebelum lelaki terbabit meminta supaya bersabar dan bertanyakan siapa, namun tiada jawapan.

Dia kemudian membuka pintu dan memeriksa keadaan sekeliling menggunakan lampu suluh, namun tiada individu di luar rumah tersebut.

Kejadian berlaku pada pukul 4 pagi ketika lelaki tersebut tinggal berseorangan kerana isteri dan anaknya pulang ke kampung.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata penduduk Perlis melahirkan rasa bimbang dengan ketukan misteri tersebut.

“Seram dik, Santan pula tu. Dahla kak tinggal di Santan, risau juga,” kata Norhafiza Nordin Mrgani.

“Beli plug al-Quran, buka jangan tutup insya-Allah tak kena kacau. Jangan takut sangat pada ‘dia’, takut pada Allah SWT,” kata Azza Kechik

Kosmo! sebelum ini melaporkan puluhan rumah Kampung Lubuk Machang, Chuping di Padang Besar diganggu ketukan misteri dan ia kini beralih arah ke kawasan Arau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI