fbpx

Tarif air naik untuk kelestarian modal perniagaan Air Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (duduk tengah) bergambar bersama graduan Selangor Digital School dalam majlis tersebut di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Kenaikan tarif air di Selangor yang bermula 1 Februari perlu dilakukan untuk memastikan modal dan pelan perniagaan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) untuk jangka masa panjang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu.

“Sebagaimana saya maklumkan di DUN ssbelum ini, memang kenaikan tarif air (perlu) dari segi modal perniagaan Air Selangor untuk tahun-tahun tertentu.

“Semalam (Rabu) kita (kerajaan negeri) telah memanggil Air Selangor bagi menjelaskan kesan kenaikan air (kepada penduduk Selangor) yang telah diluluskan oleh SPAN,” katanya selepas menyempurnakan majlis graduasi Selangor Digital School di Double Tree by Hilton, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung langkah yang akan diambil kerajaan Selangor untuk mengurangkan beban rakyat negeri yang terkesan akibat kenaikan tersebut.

“Kita dapati 49 peratus pengguna (pemilik akaun air) di Selangor yang akan terkesan (dengan kenaikan ini).

“Saya juga akan memaklumkan beberapa langkah (membantu pengguna air terkesan) termasuk memastikan Skim Air Darul Ehsan (SADE) dapat diteruskan,” tegasnya.

Ketika ditanya mengenai kenaikan bil air yang akan dialami pengguna di Selangor setiap bulan, Amirudin menjangkakan antara RM1 hingga RM6 dengan bergantung kepada penggunaan air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI