fbpx

Lalisa manusia paling berpengaruh di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA ketika beraksi di Pentas Coachella, California pada 22 April 2023. – AFP

BANGKOK – Anggota kumpulan Kpop Blackpink, Lalisa Manobal  dinamakan individu paling berpengaruh di Thailand, lapor KBIZBoom.

Pengiktirafan dibuat berdasarkan keputusan kaji selidik oleh Universiti Suan Dusit pada 20 hingga 27 Disember tahun lalu yang menyaksikan 28.1 peratus responden memilih Lisa.

Aktiviti Lisa juga mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa serta laman sosial.

Penyanyi itu pernah menyatakan dia mengidam untuk makan bebola daging dari sebuah gerai di bandar  kelahirannya di wilayah Buriram,  menyaksikan jualan makanan tersebut melonjak.

Kedatangan pelawat ke destinasi pelancongan Ayutthaya juga meningkat mendadak selepas Lisa menyiarkan gambarnya berada di lokasi itu di laman sosial.  

Kaji selidik melibatkan 7,398 responden itu menamakan bekas pemimpin Parti Move Forward (MFP),   Pita Limjaroenrat berada di tempat kedua dengan 27.5 peratus undi.

Senarai sama turut merangkumi pelakon dan pengacara Kanchai Kamnerdploy (22.6%),  pemimpin Parti Pheu Thai  Paetongtarn Shinawatra (12.4%) dan Anntonia Porsild (9.4%) yang merupakan  naib juara pertandingan ratu cantik Miss Universe 2023. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI