fbpx

Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu gempar ancaman objek serupa bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang melakukan pemeriksaan terhadap objek menyerupai bom di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini hari ini gempar dengan penemuan bungkusan objek mencurigakan menyerupai bom.

Bungkusan berwarna putih yang diletakkan berhampiran pintu pagar utama premis berkenaan telah dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan bertugas pada pukul 6.45 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

“Pemeriksaan mendapati bungkusan itu mengandungi bateri yang dibalut dengan kertas A4 selain serpihan objek disyaki lampu suluh.

“Unit Pemusnah Bom IPK Terengganu kemudiannya telah mengambil tindakan pantas memusnahkan objek berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, pemeriksaan awal mendapati bungkusan itu sebenarnya tidak mempunyai unsur bahan letupan yang boleh membahayakan keselamatan.

Tambah beliau, barang kes itu telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis.

“Pasukan polis terbabit kemudiannya membuat pemeriksaan secara menyeluruh di bangunan kompleks mahkamah terbabit.

“Pemeriksaan kemudiannya berpuas hati premis tersebut selamat dan tidak mempunyai sebarang elemen yang boleh mengancam keselamatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI