fbpx

Kerajaan sedia buat penilaian baiki perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

CYBERJAYA- Kerajaan Perpaduan bersedia membuat penilaian bagi memperbaiki penyampaian perkhidmatan, seterusnya berupaya memacu perkembangan ekonomi serta memaknai falsafah Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan tema perbincangan sempena Program Pemukiman Anggota Jemaah Negeri Kerajaan Perpaduan 2024 yang disertai barisan Kabinet hari ini.

“Bukan untuk mempertahankan program dan polisi sedia ada, tetapi (kerajaan) sedia buat penilaian bahawa ada ruang untuk memperbaiki. Jadi, itu tema perbincangan kita.

“Matlamatnya ialah untuk meningkatkan upaya bagi menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat selaij memacu ekonomi negara.

“Ia juga akan memaknai falsafah negara Madani daripada sudut angkat keupayaan dan martabat negara menjadi lebih hebat,” katanya tadi.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai sesi pemukiman itu, Anwar berkata, program kali ini turut menampilkan format berbeza di mana ia turut mengambil input daripada sektor swasta, ilmuan, penyelidik selain pakar luar.

“Ramai penyelidik dan pakar memberikan sumbangan bermutu.

“Saya dan Timbalan Perdana Menteri serta Ketua Setiausaha Negara memberikan satu senario bahawa pemukiman ini ambil sikap terbuka, sedia mendengar pandangan, teguran, kritikan dan cadangan baharu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI