fbpx

Jepun beli 400 peluru berpandu jarak jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 29 Mac 2011 menunjukkan misil Tomahawk dilancarkan dari sebuah kapal pemusnah milik Amerika Syarikat di Laut Mediterranean. – AFP

TOKYO  – Jepun menandatangani perjanjian membeli 400 peluru berpandu jarak jauh jenis Tomahawk buatan Amerika Syarikat hari ini ketika Tokyo  meningkatkan keupayaan  ketenteraan untuk menangkis ancaman keselamatan serantau.

Berdepan pengaruh tentera China yang semakin meningkat dan ancaman senjata nuklear  Korea Utara, kerajaan Jepun akan menggandakan perbelanjaan pertahanan,  menyamai  standard NATO iaitu dua peratus daripada KDNK menjelang 2027.

Pembelian 400 peluru berpandu  itu menelan kos AS$2.35 bilion (RM11.09 bilion)  untuk dua jenis Tomahawk,  setiap satu mempunyai jarak sasaran sejauh 1,600 kilometer.

Ia diluluskan oleh Washington pada November 2023.

“Melalui pelaksanaan bajet (pertahanan) yang baik, kami akan memperkukuhkan keupayaan  pertahanan kami secara meluas,” kata seorang pegawai Jepun selepas perjanjian itu ditandatangani di Tokyo.

Jepun meluluskan belanjawan pertahanan bernilai AS$56 bilion (RM264.21 bilion)  untuk tahun fiskal berikutnya mulai April ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI