fbpx

Unit amanah dikecualikan CGT, FSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah (dua dari kanan) bersama Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar (kiri) pada Majlis Pelancaran Bursa Pelbagai Aset dan Logo Baharu Bursa Malaysia di Bursa Malaysia, semalam.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan pengenaan cukai keuntungan modal (CGT) serta cukai pendapatan sumber asing (FSI) ke atas unit amanah saham.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini bagi memastikan rakyat terus mendapat manfaat sepenuhnya daripada keuntungan wang titik peluh mereka dan me­labur untuk masa depan.

Jelasnya, pengecualian FSI berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026, manakala pengecualian ke atas CGT berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028.

“Melalui pelbagai penglibatan kami dalam perkara ini, kami mendapat perhatian bahawa satu bahagian tidak diingini yang turut terjejas oleh CGT ialah unit amanah saham, memandangkan lebih daripada 90 peratus pemegang unit amanah adalah individu.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan ini menghargai maklum balas dan penglibatan. Sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan pengenaan CGT serta FSI ke atas unit amanah,” katanya pada majlis pelancaran logo baharu Bursa Malaysia dan pelancaran Bursa Malaysia sebagai Bursa Pelbagai Aset di sini, semalam.

Amir menambah, kerajaan akan terus menjadikan pelaburan pasaran modal di Malaysia bersifat mesra rakyat.

“Selaras dengan amalan terbaik antarabangsa dan untuk mengembangkan asas cukai, kerajaan memperkenalkan CGT di Belanjawan 2024.

“Skop untuk CGT tertumpu kepada keuntungan daripada pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat. Pelupusan saham tersenarai dan pelupusan oleh individu tidak tertakluk kepada CGT,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amir berkata, kerajaan mengunjurkan ekonomi Malaysia mampu berkembang kukuh pada kadar antara empat dan lima peratus pada 2024, walaupun terpaksa berdepan pelbagai risiko ketidaktentuan luaran.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI