fbpx

Saya hidup dalam ketakutan – Acacia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acacia (gambar kecil). Mohamad Safiq ketika dibawa untuk prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang jurugambar wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual memaklumkan kepada Mahkamah Majistret hari ini bahawa telah diganggu sejak 2017 lagi.

Acacia Mardiana Daud,32, yang menjadi saksi pertama perbicaraan itu memberitahu hal tersebut ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Kata Acacia, gangguan dan hendapan tertuduh, Mohamad Safiq Rosli, 38, telah membuatkan dirinya mengalami trauma teruk dan hidup dalam ketakutan.

“Saya rasa takut akan keselamatan saya dan tidak berani keluar sehingga ganggu kerja, aktiviti seharian dan mengganggu masa depan saya.

“Saya hidup dalam ketakutan,” katanya ketika memberikan kenyataan dalam prosiding menerusi panggilan video, hari ini.

Sementara itu, saksi kedua pendakwaan, Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, Asisten Superintendan Mohd. Hafizee Ismail menjelaskan hasil data ‘preservation’ daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menimbulkan beberapa bukti gangguan atas pemilik akaun twitter Mohamad Syafiq sebagaimana didakwa Acacia Mardiana.

Zilfinaz: Siapa pentadbir akaun Twitter

Mohd. Hafizee : Mohamad Safiq

Zilfinaz: Bagaimana tahu

Mohd. Hafizee : Sebab menggunakan user name (identiti pengguna) dan password (kata laluan) berkenaan semasa data ‘preservation’ didepan saya

Justeru, kata Mohd. Hafizee hasil siasatannya mendapati tertuduh yang menghendap Acacia Mardiana kerana terdapat beberapa bukti yang dapat dikaitkan seterusnya telah melakukan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 570A kanun keseksaan.

Mohamad Safiq yang juga bekas pereka sambilan tersebut menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap selepas selepas akta berkaitannya dikuatkuasakan pada tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Safiq didakwa menggunakan akaun @sopert99 secara berulang mengganggu mangsa, Acacia Mardiana Daud, 31, di akaun “@ShaFoShizzle”.

Gangguan itu kemudian dibaca di sebuah rumah di daerah ini, yang mana tertuduh sepatutnya tahu gangguan tersebut boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa. Antara gangguan itu adalah membabitkan luahan perasaan.

Kesalahan dilakukan pada 15 Julai hingga 21 Julai 2023.

Berikutan itu, tertuduh didakwa atas kesalahan menghendap di bawah seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya

Peguam Fithril Hakim Ab. Jalil mewakili tertuduh tidak melakukan sebarang pemeriksaan balas.

Mahkamah kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika bagi meneliti segala eksibit dan hujahan di akhir pendakwaan.

Sebelum ini, Mohamad Safiq mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya namun mahkamah menolaknya apabila terdapat isu berhubung ketidakwarasan (insanity) dalam bantahan awal yang dibangkitkan pihak pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI