fbpx

Rawat bipolar, Marshanda pernah jumpa bomoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHANDA pernah berdepan kecelaruan emosi yang teruk akibat bipolar.

BERTAHUN-tahun menghidap gangguan bipolar sehingga perlu mengambil ubat secara berjadual, penyanyi dan pelakon Marshanda Indonesia mengakui menjalani kehidupan sukar sebelum didiagnosis.

Katanya, keadaan mental yang tidak stabil tanpa mengetahui apa punca sebenar membuatkan keluarganya turut terkena impak.

Pelbagai cara dilakukan bagi mengembalikan semula kesihatannya yang sering berubah emosi tanpa mengira masa dan kerap berkurung dalam bilik.

Dedah pemilik nama penuh Andriani Marshanda, 34, itu keluarga pernah membawanya menjalani rawatan tradisional serta ke pusat perubatan Islam untuk menyembuhkan penyakitnya.

“Keluarga sangat bimbang melihat keadaan saya, sebelum ke hospital mereka terlebih dahulu menghantar saya menjalani rawatan alternatif.

“Mereka risau apabila saya seolah-olah menjadi orang lain berikutan perubahan tingkah lalu. Lantas saya diruqyah kerana takut ada elemen lain mengganggu,” katanya.

Ibu tunggal anak satu itu kini masih mengambil ubat-ubatan bagi menyeimbangkan emosinya dan reda dengan situasi dilalui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI