fbpx

Lelaki disiasat khianat kereta Ngeh Koo Ham dibebaskan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI ( berbaju oren) yang disyaki terlibat dalam kes khianat rumah Koo Ham dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, untuk sambung reman semalam.

LUMUT – Seorang lelaki berusia 30-an yang ditahan berhubung kes khianat kereta Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, dekat sini, pada 10 Januari lalu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Perak, semalam.

“Polis menerima arahan supaya tangkapan dibebaskan esok (hari ini) dengan jaminan polis dan menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan,” katanya di sini lewat malam tadi.

Lelaki itu yang ditahan pada 12 Januari lalu di Shah Alam, Selangor, sebelum ini direman selama lima hari sehingga semalam dan disambung reman sehari lagi sehingga hari ini.

Sebelum ini, orang ramai gempar apabila berlaku kebakaran di rumah Ahli Parlimen Beruas sehingga menyebabkan tiga kenderaannya rosak serta siling dan bumbung garaj kediaman di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar itu turut terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu.

Siasatan polis kemudian mengesahkan terdapat perbuatan khianat apabila menemui ‘molotov coctail’ di lokasi kejadian kebakaran tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, dilaporkan berkata seorang lelaki yang tiada rekod jenayah ditahan kira-kira pukul 4 pagi dan merampas dua telefon bimbit miliknya.

Difahamkan, sehingga kini polis masih memburu suspek utama kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI