fbpx

[VIDEO] Agong, Permaisuri tunjuk bakat baca berita di slot khas Buletin Diraja TV3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli membaca berita di slot khas Buletin Diraja di saluran TV3 tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat kemunculan istimewa di slot khas Buletin Diraja pukul 8 malam tadi di saluran TV3.

Seri Paduka Baginda berdua tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit dan menyampaikan laporan berkenaan ternakan ikan patin di Pahang.

Kemunculan Seri Paduka Baginda di saluran tersebut juga dinanti-nantikan oleh rakyat sebaik sahaja perkara itu dimaklumkan di Facebook Istana Negara petang tadi.

Penstriman secara langsung di YouTube rasmi Buletin Utama tadi turut mencatatkan hampir 70,000 penonton menyaksikan slot khas yang menampilkan Seri Paduka Baginda.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata rakyat berkongsi rasa teruja selain turut memuji kebolehan Seri Paduka menyampaikan berita.

“Lucu pula bila Agong dan Permaisuri baca berita pasal diri sendiri yang buat lawatan di Media Prima,” kata Amir.

“Dah lama tak tengok berita, tapi bila tahu ada Agong baca berita terus buka TV3,” kongsi Aiman.

“Comel Agong dan Permaisuri baca berita. Agong nampak profesional tapi Permaisuri macam susah nak tahan gelak,” kata Miera.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan melawat Sri Pentas hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI