fbpx

Nak cari lala, terjumpa mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki dijumpai terapung di kawasan tali air berhampiran Kampung Tetambah, Manir, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Hasrat dua remaja untuk mencari lala di kawasan tali air berhampiran Kampung Tetambah, Manir di sini semalam terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan satu mayat lelaki terapung.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, mayat lelaki terbabit dijumpai Muhammad Nur Aiman Syazmi Shahrizal, 13, bersama seorang rakan lelaki sebaya.

Remaja itu berkata, dia dan rakannya tiba di kawasan tali air berkenaan untuk mencari lala pada pukul 4.35 petang.

“Sewaktu tiba, kami perasan keberadaan sebuah motosikal walaupun kawasan tali air itu sunyi tanpa kehadiran individu lain selain kami.

“Kami teruskan niat mencari lala di kawasan tali air itu sebelum perasan objek seakan-akan mayat terapung di dalam tali air berkenaan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Nur Aiman berkata, dia dan rakannya yang terkejut segera berlari ke surau berhampiran untuk memaklumkan penemuan tersebut kepada penduduk kampung.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail yang dihubungi mengesahkan mayat dijumpai terbabit merupakan seorang lelaki berusia 30-an. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI