fbpx

Kos mati terlalu mahal di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOS pengebumian semakin meningkat sehingga mencatatkan rekod di UK. - Foto Getty Images

LONDON  – Kos pengebumian di Britain meningkat sehingga mencatatkan tahap tertinggi, lapor portal berita RT semalam.

Ia mendorong hampir seorang dalam setiap empat penduduk memilih kaedah pembakaran mayat atau pengebumian tanpa majlis penghormatan terakhir, demikian menurut laporan oleh syarikat insurans, SunLife.

Laporan sama menyatakan, hampir seorang dalam setiap lima penduduk perlu menjual barangan milik mereka untuk membiayai kos pengebumian pada  tahun lalu.

Harga perkhidmatan memorial dan perbelanjaan kematian  lain di Britain mencecah purata £9,658 (RM57,388) pada 2023.

Ia mewakili peningkatan sebanyak £458 (RMRM2,721) sejak 2022 dan tertinggi sejak kos kematian direkodkan oleh SunLife.

Berikutan peningkatan harga, laporan itu menyatakan bahawa lebih ramai penduduk Britain mencari alternatif untuk mendapatkan kos pengebumian lebih murah. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI