fbpx

2 ‘pendekar’ perempuan bergaduh libas sabit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja tersebut bergaduh menarik rambut dan menggunakan sabit sebagai senjata. – X

JAKARTA –  Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi dua remaja perempuan bergaduh dengan bersenjatakan sabit sambil disaksikan sekumpulan remaja lain, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Pergaduhan berlaku di sebuah kawasan perkuburan di Palembang, wilayah Sumatera Selatan.

Dalam klip video berdurasi 34 saat itu, kedua-dua mereka masing-masing memegang sabit dan bergaduh sehingga menarik rambut.

Seorang remaja perempuan itu cedera selepas sabit tajam terkena pergelangan tangannya sebelum pergaduhan dihentikan.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Sumatera Selatan, Komisioner Polis Sunarto berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu dan menjalankan siasatan lanjut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI