fbpx

Pemandu tendang kereta, tunjuk isyarat lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu tersebut menunjukkan isyarat lucah sebelum menendang kereta perakam. – Facebook

SINGAPURA – Sebuah video tular di media sosial menunjukkan seorang pemandu Mercedes-Benz menendang kereta di belakangnya kerana tidak diberi laluan untuk memasuki kawasan parkir, lapor portal berita Mothership hari ini.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Jewel Changi, Singapura.

Dalam video yang dikongsikan oleh laman Facebook SG Road Vigilante baru-baru ini, insiden itu dikatakan berlaku selepas kereta yang merakam kejadian trersebut tidak memberi laluan kepada pemandu Mercedes-Benz.

Video itu pada awalnya menunjukkan kereta perakam mula memasuki laluan ke kawasan parkir lapangan terbang tersebut sebelum ia dihampiri sebuah Mercedes-Benz putih di bahagian kanan.

Percubaan Mercedes-Benz tersebut untuk memintas kenderaan perakam gagal.

Namun, selepas memasuki laluan parkir, kereta perakam bergerak ke arah kanan sebelum Mercedes-Benz berkenaan secara tiba-tiba muncul di hadapannya dan berhenti.

Pemandunya kemudian keluar dari kenderaan lalu menunjukkan isyarat lucah kepada kereta perakam serta melambai tangan. 

Ketika kereta perakam mula bergerak, pemandu Mercedes-Benz berkenaan menendang kenderan itu sebelum video dihentikan.

Tidak dijelaskan sama ada berlakunya pertengkaran antara kedua-dua mereka sebelum kejadian itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI