fbpx

Cenderahati mewah majlis Putera Mateen, Dayang Anisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara cenderahati yang diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan Pengantin Diraja Brunei.

PETALING JAYA – Tetamu yang hadir majlis perkahwinan Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya Dayang Anisha Rosnah menerima enam jenis cenderahati istimewa.

Melalui perkongsian video di TikTok, antara cenderahati yang diterima termasuk sebatang pen berjenama mewah Mont Blanc, coklat Patchi, album gambar dan beberapa barang bernilai yang lain.

Menurut pemilik video, cenderahati ini disediakan khusus untuk tetamu biasa dan tidak terhad kepada golongan VIP atau orang kenamaan.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen mengharapkan pemilik video tersebut mengulas satu persatu cenderahati yang telah diberikan.

“Sepupu saya yang bekerja di Stesen Televisyen Brunei dekat rumah dia semua koleksi kahwin anak-anak diraja dia ada.

“Seronok, memang selalu banyak yang diberi,” komen @disconnestions_

“Seronoknya, kenangan terindah yang boleh disimpan sebagai tanda ingatan,” tulis Mummy Rose.

Perkongsian video tersebut telah menerima sebanyak 809,000 tontonan dan 49,300 tanda suka sejak ia dimuat naik semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI