fbpx

Lelaki ada 13 rekod jenayah ditembak di Puchong Prima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik berada di lokasi selepas kejadian berbalas tembakan petang tadi.

SUBANG JAYA – Polis mengesahkan telah menembak mati seorang lelaki tempatan yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau di hadapan Apartmen Sri Acasia, Taman Puchong Prima, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berbalas tembakan antara suspek dan anggotanya kira-kira pukul 3.49 petang.

Katanya, laporan terbabit dibuat oleh anggota bertugas di Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Suspek yang ditembak mati merupakan lelaki tempatan yang mempunyai rekod jenayah lampau iaitu tujuh kes jenayah, jenayah narkotik (6) dan satu rekod dikehendaki.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Subang Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Subang Jaya di 03- 78627222 bagi membantu siasatan.

Susulan video kejadian tular di media sosial, beliau menasihati orang ramai tidak menularkan video terbabit yang mana boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI