fbpx
Golongan peniaga sukar mendapat khidmat tukang masak dari Siam ekoran lambakan restoran ala Thailand. - Gambar hiasan

Gaji rendah punca berubah hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Bayaran gaji yang rendah menjadi antara punca utama tukang masak restoran masakan ala Thailand sering berpindah tempat kerja sehingga tujuh kali setahun.

Seorang tukang masak warga Thailand, Mohd. Shukri, 45, berkata, terdapat sesetengah restoran masih membayar gaji tukang masak antara RM60 hingga RM70 sehari.

Menurutnya, selain gaji murah, pemilik restoran atau majikan juga lambat membayar gaji sehingga ada yang tertunggak dua atau tiga bulan.

“Ada majikan yang kedekut sehingga memotong gaji apabila mendapati dia makan di restoran melebihi dua kali sehari.

“Saya terpaksa berpindah tempat kerja lain kerana gaji yang saya peroleh sebelum ini tidak cukup untuk menghantar kepada keluarga setiap bulan.

“Kini, saya boleh memperoleh RM120 sehari selepas bekerja di sebuah kedai masakan panas sejak empat bulan lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad.

Mohd. Sukri memberitahu, kebanyakan restoran masakan ­panas di Kelantan juga dimiliki oleh orang Siam yang bermas­tautin di sini.

Seorang lagi tukang masak, Azizah Ismail, 35, berkata, dia sudah bekerja di lima buah restoran dalam tempoh 15 tahun dan lokasi pertama adalah restoran masakan panas di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sebelum Kelantan.

“Gaji yang ditawarkan oleh majikan di luar Kelantan agak tinggi, namun kos sara hidup di sana juga tinggi sehingga menyebabkan saya tidak dapat menghantar wang kepada keluarga di Narathiwat, Thailand secara konsisten setiap bulan.

“Kini, saya bekerja di Kelantan dengan gaji RM100 sehari. Jumlah itu cukup untuk dihantar kepada ibu bapa saya,” ujarnya.

Azizah memberitahu, selain gaji murah, perselisihan faham dengan majikan merupakan salah satu faktor tukang masak tidak boleh kerja lama di satu-satu premis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN