fbpx

Sindiket pelacuran guna aplikasi Telegram, WhatsApp tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita yang ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh JIM di beberapa lokasi di Perak, semalam. FOTO: JIM

PUTRAJAYA – Sindiket pelacuran menggunakan taktik promosi wanita warga asing dengan menggunakan gambar melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp, antara yang dibongkar Jabatan Imigresen (JIM) dalam serbuan dijalankan di Perak, semalam.

Itu antara sindiket yang menawarkan khidmat pelacuran hasil Operasi Khas pelacuran dan pusat hiburan oleh JIM di lima lokasi berasingan di negeri berkenaan.

Dalam Operasi bermula pukul 11 malam itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Johor serta Imigresen beberapa negeri.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama sebulan.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diperolehi pasukan operasi telah diatur gerak ke lima premis iaitu dua premis pelacuran serta tiga pusat hiburan berjaya menahan 141 orang warga asing termasuk warga tempatan berusia 18 hingga 44 tahun.

“Kesemua wanita yang ditahan melibatkan 117 orang iaitu 52 orang merupakan warga China, Vietnam (41), Thailand (21), Indonesia (dua) dan Laos (satu).

“Turut ditahan 14 lelaki melibatkan warga asing iaitu Bangladesh lapan, Myanmar (empat) manakala Indonesia dan ‘stateless’ masing-masing satu. Tujuh orang lelaki warga dan tiga orang wanita warga Malaysia turut ditahan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, semakan awal mendapati 58 daripada warga asing yang ditahan itu memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), dan Pas Penggajian yang masih sah, sementara selebihnya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan untuk berada di negara ini.

Jafri berkata, sindiket di dua premis pelacuran itu melakukan promosi wanita warga asing menggunakan gambar mereka melalui aplikasi media sosial Telegram dan WhatsApp dengan bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan adalah sekitar RM200 hingga RM500, manakala bagi khidmat penghantaran pelacur ke luar premis itu atau ‘outcall girl’ bayaran dikenakan antara RM800 hingga RM1,000.

Jafri berkata, bagi modus operandi di tiga pusat hiburan itu pula adalah menyediakan perkhidmatan pelayan perempuan atau GRO warganegara asing dan hanya menyasarkan kepada pelanggan tetap sahaja secara tempahan melalui panggilan telefon.

“Untuk tempahan bilik, pelanggan dikenakan bayaran antara RM800 hingga RM10,000 mengikut kategori bilik manakala untuk tempahan wanita warganegara asing dikenakan bayaran RM150 bagi satu jam.

“Sindiket ini telah beroperasi selama setahun dan telah mengaut keuntungan sebanyak RM24,000.00 sebulan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI