fbpx

Selebriti popular tidak lagi ‘sekatil’ tapi kekal bersahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz dan bekas isteri, Noor Nabila antara selebriti yang masih mengekalkan hubungan baik walaupun tidak lagi berstatus suami isteri.

SIAPA yang mahu perceraian selepas bertahun-tahun menjalani kehidupan sebagai suami isteri?

Apabila sudah bercerai, ada yang tidak mampu menatap wajah bekas suami atau isteri namun dalam masa sama, terdapat juga bekas pasangan boleh menjalin hubungan baik. Bagi mereka, tidak perlu terus ‘meroyan’ dan hidup harus berlangsung damai demi kebahagiaan anak-anak. Cukuplah dengan perceraian tiada guna lagi untuk bermusuhan.

Mungkin kedengaran mudah tetapi hakikatnya memerlukan banyak kekuatan untuk direalisasikan.

Dalam masa, perkara itu bukan mustahil. Buktinya ada bekas pasangan suami yang hidup bersahabat walaupun sudah tiada ikatan, itu yang jelas dapat dilihat dilakukan beberapa selebriti popular tanah air kita.

Minggu ini, HibGlam menyenaraikan beberapa selebriti tanah air yang masih meneruskan hubungan baik dan profesional sama ada dengan bekas suami atau isteri mereka demi kepentingan anak-anak.

  • Abby Abadi, Norman Hakim, Memey Suhaiza

Antara hubungan bekas suami isteri paling harmoni setakat ini. Itu sudah cukup memberi gambaran mengenai hubungan Abby Abadi dengan Norman Hakim.

Barangkali sukar juga laluan untuk mereka berada dalam situasi sekarang dengan pelbagai jenis onak duri dilalui selepas Abby dan Norman berpisah secara rasmi pada 2008.

Namun, memikirkan anak-anak yang semakin membesar, mereka mengambil keputusan kekal berbaik meskipun selepas Norman mengahwini pelakon Memey Suhaiza.

Hubungan baik tiga individu ini rermasuk bersama suami baharu Abby sering meraih pujian sehingga ada yang mahu mereka dijadikan keluarga contoh.

 

  • Nora Danish, Fasha Sandha, Jejai

Hubungan baik Nora Danish dan Fasha Sandha selepas mereka berpisah secara rasmi dengan Rizal Ashram atau Jejai bukan lagi perkara aneh.

Perlu diakui perjalanan hubungan Fasha dengan Nora untuk berbaik seperti hari ini ibarat ‘roller coaster’. Tidak mudah tetapi semuanya demi masa depan anak-anak.

Momen paling diingati ramai ialah ketika Jejai hadir ke majlis perkahwinan dua bekas isterinya itu.

Nora yang berpisah dengan Jejai sekitar tahun 2008 kini merupakan isteri kepada ahli perniagaan, Nedim Nazri Aziz pada Mac 2017.

Sementara Fasha yang bercerai dengan Jejai sekitar 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata itu kembali bergelar isteri pada aktor, Aidil Aziz pada 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

  • Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila

Paling mencuri perhatian sepanjang tahun lalu dan mengejutkan ramai adalah ketika Noor Nabila menerima kunjungan kekasih bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad iaitu Amelia Christie di kediamannya.

Berpisah dengan Sharnaaz secara rasmi pada 2020, Noor Nabila membuktikan hubungan baik dengan bekas suami adalah tindakan paling bagus untuk diikuti malah terbukti memberi impak positif terhadap tumbesaran anak mereka, Jebat Jayden.

Selain kunjungan di rumah, mereka turut bercuti bersama di Jepun sekitar Disember tahun lalu.

Perkongsian tersebut bukan sahaja meraih pujian tetapi Nabila dianggap bekas isteri yang sangat kuat dan profesional dalam mendepani situasi tersebut.

  • Alicia Amin, Farzan Iqbal

Perpisahan Alicia Amin dengan Dr. Farzan Iqbal pada tahun lalu mengejutkan ramai kerana berlaku tanpa ada sebarang tanda amaran dan drama patah hati.

Satu hal yang harus dipuji, Alicia tidak pernah berkongsi masalah rumah tangganya dalam media sosial. Tahu-tahu sahaja sudah bercerai dengan memuat naik foto di hadapan mahkamah.

Meskipun tidak dikurniakan cahaya mata, Alicia menegaskan hubungannya dengan Farzan masih baik sebagai kawan selepas berpisah secara rasmi.

Mereka berdua juga kerap bertemu dan malah pada November lalu pernah menyuarakan hasrat untuk rujuk kembali.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI