fbpx

Bukan sakit mental kalau tengah khayal dadah – Izara Aisyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZARA AISHAH

PETALING JAYA – Pelakon Izara Aisyah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran dalam aplikasi X mengenai kesihatan mental yang disifatkannya tidak wajar dijadikan punca utama seseorang itu melakukan perkara tidak sepatutnya ketika di bawah pengaruh dadah.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Izara Aishah Hisham, 31, itu meraih kecaman apabila terdapat segelintir individu memberitahu ketagihan juga merupakan sebahagian daripada penyakit mental.

“Sebarang penyakit mental tidak ‘sah’ sekiranya anda sedang khayal,” katanya ringkas.

Dia juga tidak menyatakan secara spesifik sama ada perkongsian tersebut mengenai mana-mana individu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Dalam masa sama, terdapat juga segelintir pengguna aplikasi X menggelar bintang drama Jodoh-Jodoh Annisa tidak bijak kerana masih berdegil dan mempertahankan pendapat tersebut.

“Segelintir golongan muda menggelar saya bodoh dan memberitahu ketagihan juga merupakan penyakit mental, okey sayang.

“Ketagihlah pada jenis bahan terlarang lain okey, hidup anda adalah pilihan sendiri tetapi jangan sesekali menolak sebarang bantuan.

“Anda tidak selalunya betul dan tolong jangan terlibat dengan methamphetamine (jenis dadah),” ujarnya.

Sejak beberapa hari lalu, media sosial dibanjiri dengan sensasi dicetuskan aktres Fatiya Latiff yang tiba-tiba mencetuskan provokasi terhadap pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.

Dia turut menggelar Zahirah sebagai bibik dan memuat naik foto lamanya bersama Aiman yang juga bekas kekasihnya ketika sedang hangat bercinta satu ketika dahulu.

Perubahan sikap Fatiya yang mendadak itu meraih pelbagai pendapat ramai sehingga ada yang mendakwa pelakon drama Ariana Rose itu berdepan dengan masalah kesihatan mental iaitu kecelaruan bipolar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI