fbpx

Malaysia ke-12 negara paling banyak dilawati di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia, negara ke-12 paling banyak dilawati di dunia bagi 2023

PETALING JAYA – Malaysia kini duduki tangga ke-12 pada senarai global bagi kedudukan negara yang paling banyak dilawati di dunia bagi 2023.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh One Step 4ward, Malaysia antara 20 negara paling paling banyak dilawati di dunia dan meraih kedudukan ketiga dalam senarai negara Asia apabila berada di belakang China dan Thailand.

Semakan Kosmo! pada data tersebut, Malaysia menerima pelancong sebanyak 26.8 juta daripada 163 buah negara lain.

Perancis menerima sejumlah 82.6 juta pelancong dan terus menduduki tempat pertama sebagai negara paling banyak dikunjungi di dunia untuk 2023.

Tempat kedua dan ketiga pula diduduki oleh Amerika Syarikat dan Sepanyol dengan jumlah pelancong yang sama iaitu 75.6 juta.

Selain itu, tahun ini menunjukkan Malaysia naik satu anak tangga berbanding tempat ke-4 pada 2022 dalam kalangan negara di Asia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI