fbpx

Kena ada lebih ramai pelapis – Hup Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG atlet lompat tinggi negara menggunakan bahan terlarang dan digantung selama dua tahun. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Penggantungan atlet lompat tinggi negara selepas gagal dalam ujian doping tidak akan beri kesan besar kepada skuad negara untuk memburu lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

Jurulatih negara yang juga bekas jaguh lompat tinggi kebangsaan, Lee Hup Wei kekal yakin Malaysia mampu terus menyinar sekiranya mampu mencungkil lebih ramai bakat-bakat baharu.

“Kalau untuk layak ke Sukan SEA, kategori lelaki dan wanita sepatutnya tidak ada masalah. Di peringkat Asia Tenggara sekarang, kategori lelaki mungkin agak susah sikit tetapi bagi kategori wanita kita ada peluang.

“Kita kena cari dan fikirlah tentang bakat-bakat baharu. Memang ada rasa kebimbangan tetapi sekarang kita buatlah apa yang boleh kita buat,” katanya.

Sebelum ini, seorang atlet lompat tinggi kebangsaan yang difahamkan Ngu Jia Xin disahkan positif doping dan dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun daripada menyertai sebarang kejohanan bermula 2 Jun lalu hingga 1 Jun 2025.

Ia disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk R Annamalai yang memaklumkan atlet wanita itu akan membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya.

“Keseluruhan proses telah dijalankan dengan telus dan mengikut Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM),” kata Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) menerusi satu kenyataan, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI