fbpx
ARMAN menunjukkan tempe daun simpuh yang dihasilkannya di Taman Bakti, Tapah semalam.

Dapat RM15,000 sebulan jual tempe daun simpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Seorang lelaki tidak pernah sesekali menganggap status orang kelainan upaya (OKU) mild autism dan masalah pembelajaran sebagai penghalang untuk berjaya sebagai usahawan tempe apabila mampu menjana pendapatan RM15,000 sebulan.

Malah, Arman Akmal Kamaruzaman, 28, mampu tersenyum bangga kerana perniagaan tempe daun simpuh yang diusahakan sejak 2018 di kediaman keluarganya di Taman Bakti, Changkat Petai, di sini, merangkumi 80 peratus pasaran di Perak.

“Pasaran tempe saya boleh dikatakan merangkumi 80 peratus di seluruh Perak yang dijual di pasar raya, pasar dan kedai-kedai runcit.

“Uniknya, ada pasangan pelancong Amerika Syarikat yang kerap melancong di Cameron Highlands menggemari tempe diusahakan saya sehingga menjadi makanan rutin mereka sepanjang bercuti di sana,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Arman bersyukur kerana ibu dan bapanya, Kamaruzaman Mahson, 55, dan Nurlinda Erikayati Shafie, 48, banyak membantu beliau terutamanya melibatkan aspek pengedaran, pelanggan, khidmat selepas jualan, penjualan dan pemasaran perniagaannya.

“Saya turut dibantu ahli keluarga lain serta jiran-jiran taman perumahan. Biasanya saya dapat menghasilkan 120 kilogram (kg) tempe pada hari biasa dan 150 kg pula pada hujung minggu.

“Ramai mengatakan tempe saya tidak berbau dan penggunaan daun simpuh itu menjadikan makanan itu berbau harum dan segar,” katanya.

Tempe daun simpuh tersebut dijual dengan harga RM2.50 (200 gram), RM4.50 (350 gram) dan RM8 bagi 550 gram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN