fbpx

Cuaca baik, mangsa banjir di Johor menurun kepada 5,026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA tentera memantau keadaan banjir di Jalan Kempas, Kampung Sri Gambut, Pekan Nanas, Pontian yang masih digenangi air hari ini. Foto MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menurun ekoran cuaca baik hari ini dengan seramai 5,026 mangsa ditempatkan di 39 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka setakat pukul 6 petang, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah terkini itu melibatkan sejumlah 1,399 buah keluarga di enam daerah negeri ini.

Kota Tinggi kekal daerah paling ramai mangsa dengan seramai 4,139 penduduk dipindahkan ke 24 buah PPS, diikuti Kluang dengan seramai 350 mangsa di tiga buah PPS.

“Bagi Johor Bahru, seramai 338 mangsa ditempatkan di tiga PPS; Segamat seramai 97 mangsa di tiga buah PPS; Batu Pahat seramai 87 mangsa di dua buah PPS dan Pontian seramai 17 mangsa di sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azmi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor turut memberitahu, banjir yang melanda negeri ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa setakat ini.

“Bagaimana, Jabatan Meteorologi masih mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Dua sungai di negeri ini juga telah mencapai paras air berbahaya iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dan Sungai Kepala Orang di Kota Tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI