fbpx

Tiga pelajar sekolah ditahan samun warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CHERAS – Tiga pelajar bertindak berani mati apabila menyamun seorang warga asing di Taman Connaught, baru-baru ini dengan bersenjatakan pisau.

Walau bagaimanapun, kegiatan sekumpulan remaja terbabit tidak berpanjangan setelah ditahan kira-kira pukul 2 pagi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras telah membuat risikan sebelum tangkapan dibuat.

Ujarnya, ketika kejadian mangsa yang merupakan warga asing tidak mengalami kecederaan namun jumlah kerugian yang ditanggung adalah kira-kira RM500.

“Ketiga-tiga remaja terbabit merupakan warga tempatan berusia 14 hingga 15 tahun.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Reman ke atas ketiga-tiga suspek dibenarkan selama lima hari bermula hari ini hingga Ahad.

“Pihak Polis Cheras memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang melanggari undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI