fbpx

Sindiket seleweng diesel tumpas, 27 termasuk anak kapal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel yang giat dilakukan di Pantai Timur melibatkan pembekalan kepada kapal-kapal marin yang beroperasi bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, aktiviti terbabit dikesan bergiat aktif sejak 2021 dengan anggaran kerugian bernilai RM12 juta.

“Modus operandi sindiket ini adalah memindahkan dan menjual diesel dari kapal yang dikesan melalui rekod Vessel Fuel Monitoring System (VFMS) yang terdapat pada kapal.

“Siasatan dijalankan susulan daripada hasil pemerhatian awal oleh bahagian siasatan dalaman Petronas.

“Seramai 27 individu daripada pelbagai sektor perkapalan termasuk anak kapal ditahan dalam dua siri Ops Khas sejak Julai dan Oktober tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, dua individu tempatan dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas empat pertuduhan iaitu tiga pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan manakala satu pertuduhan Seksyen 414 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI