fbpx

Rasuah RM6,000 bocor maklumat kerja-kerja mahkamah syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang penolong pegawai tadbir ditahan selepas menerima suapan RM6,000 bagi membocorkan maklumat sebut harga kerja-kerja di Mahkamah Syariah di Selangor.

Suspek lelaki berusia 40an itu ditahan kira-kira pukul 2 petang tadi ketika hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor bagi dirakamkan keterangan.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM6,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

Katanya, wang berkenaan diterima daripada sebuah syarikat pada 2021.

“Ini sebagai balasan kerana suspek telah membocorkan maklumat sebut harga bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan serta penyelenggaraan landskap Mahkamah Syariah di Selangor yang bernilai lebIh RM130,000,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Alias Salim mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam, esok pagi,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI