fbpx

Komet lebih besar daripada Gunung Everest hampiri Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Komet Syaitan. - Foto Persatuan Astronomi Britain

WASHINGTON – Sebuah komet yang dikatakan bersaiz lebih besar daripada Gunung Everest kini sedang bergerak menghampiri Bumi, lapor laman berita UNILAD semalam.

Komet 12P/Pons-Brooks turut dikenali sebagai ‘komet syaitan’. Ia diberikan gelaran itu kerana bentuknya kelihatan seperti tanduk.

Komet itu dijangka berada pada jarak dekat dengan Bumi pada 2 Jun depan, manakala ahli-ahli astronomi berharap ia boleh dilihat menerusi mata kasar.

Bagaimanapun, walaupun ia melintas pada titik terdekat dengan Bumi, ia masih akan berada lebih jauh daripada Matahari.

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata: “NASA mengesahkan tiada asteroid atau komet berada dalam laluan perlanggaran dengan Bumi. Oleh itu, kemungkinan akan berlaku perlanggaran besar adalah kecil.

“Secara faktanya, tiada objek besar akan menghentam Bumi dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.” – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI