fbpx

75 laporan ‘Langkah Dubai’, teliti kenyataan Raja Petra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 75 laporan polis diterima berkaitan ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan bertujuan menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, dari segi pecahan didapati 31 daripada ahli politik dan selebihnya 44 daripada orang awam.

“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Sementara itu, beliau menjelaskan pihaknya sedang meneliti kenyataan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin dalam video di laman sosial YouTube miliknya yang menyatakan Ahli Parlimen Pas bakal ditangkap dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

“Setakat pukul 12 tengah hari ini, kita masih belum menerima sebarang report (laporan) terhadap Raja Petra. Walaupun tiada report, kita sedang kaji untuk buka Seksyen apa (kepada Raja Petra)..

“Kalau dilihat, kenyataan itu membawa kegusaran dengan berpotensi mengajak ramai orang di jalanan (demonstrasi) dan lihat sama ada wujud elemen jenayah berkaitannya. Bagaimanapun, kita akan dapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara berhubung hal itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI