fbpx

Seleweng 61,000 liter diesel, bekas kapten kapal dan peniaga didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azli (tengah) didakwa pecah amanah dengan seleweng minyak diesel 61,000 liter di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dengan menyeleweng 61,000 liter minyak diesel bernilai hampir RM100,000.

Tertuduh, Azli Mohd. Noor, 38, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dengan menyeleweng 26,000 liter minyak diesel bernilai RM41,600.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh pada 12 Februari 2023 di sekitar perairan Kuala Terengganu.

Tertuduh didakwa mengulangi kesalahan tersebut pada 20 dan 25 Februari tahun sama di lokasi sama masing-masing melibatkan 20,000 dan 15,000 lagi liter minyak diesel dengan kerugian berjumlah RM32,000 dan RM24,000.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, Azli dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, seorang peniaga, Teo Kok Chye, 52, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil dan menjual minyak diesel yang diseleweng itu.

Tertuduh didakwa memindahkan harta curi iaitu mengambil dan menjual 61,000 liter minyak diesel berkenaan dari sebuah kapal yang diketahui sebagai harta curi pada Februari 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI