fbpx

Rodzi dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodzi (kanan) dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Digital berkuat kuasa Disember lalu.

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Rodzi Md. Saad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Digital berkuat kuasa 12 Disember lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan Rodzi diharap dapat memacu pembangunan teknologi digital negara bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan holistik, inklusif dan lestari selari dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Beliau berkelulusan sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dari Universiti Teknologi Mara dan Ijazah Sarjana Muda LllLQlqDemografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya.

“Rodzi telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 34 tahun serta berpengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran keselamatan negara meliputi pelbagai aspek termasuk sempadan, maritim serta keselamatan siber,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurut Mohd. Zuki, Rodzi juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara di mana jawatan terakhir ialah sebagai Ketua Pengarah Mampu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI