fbpx

Wan Ahmad Dahlan beri jaminan segerakan pelaksanaan sistem saraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Dahlan mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang baharu dilantik, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memberi jaminan untuk menyegerakan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menurutnya, perkara itu akan menjadi fokus utamanya di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini menjadi harapan seluruh penjawat awam di negara ini.

“Sudah tentulah ia tanggungjawab besar terutama sekarang ini kita sedang menyiapkan sistem saraan baharu perkhidmatan awam.

“Itu yang menjadi fokus saya di sini. Malah, itu juga pesanan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali iaitu untuk mempercepatkan proses sistem ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi mengimbas kad perakam waktu di lobi JPA di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini, beliau belum mendapat perkembangan terkini mengenai pelaksanaan SSPA itu kerana baharu sahaja melaporkan diri JPA hari ini.

Media sebelum ini melaporkan JPA dijangka akan menyerahkan laporan interim kajian SSPA kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan ini.

Difahamkan, laporan akhir kajian SSPA dijangka dibentangkan pada Julai tahun depan, sebelum diangkat untuk pembentangan Belanjawan 2025.

Perdana Menteri sebelum ini juga memberi bayangan bahawa skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI