fbpx

Kanak-kanak maut leher tertusuk besi ampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas lehernya tertusuk besi ampaian ketika berada di rumah keluarganya di sebuah apartmen di Batu Caves, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berusia lima tahun sedang bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu disedari ibu mangsa berusia 40 tahun selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya yang melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Menurut Hussein, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

“Semasa bermain, leher mangsa dikatakan tertusuk besi ampaian. Mangsa dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HTA dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI