fbpx

Fizi Ali hilang sabar, dakwa Shakilla Khoriri ada lelaki lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fizi Ali hilang sabar dengan tindakan bekas isterinya, Shakilla yang dipercayai menghalang dirinya bertemu dengan anak tunggal mereka, Ameena.

PETALING JAYA – “Dari sebelum pisah (bercerai) kau tak tak pernah single la perempuan. Ini yang kau nakkan?”

Itu antara kata-kata yang dilemparkan penyampai radio, Fizi Ali terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri selepas hilang sabar dengan sikap wanita itu.

Tindakan Fizi atau nama lengkapnya Mohd. Hafizudin Alimudin dipercayai gara-gara Shakilla tidak membenarkannya untuk berjumpa dengan anak tunggal mereka, Ameena Sofea sejak beberapa bulan lalu sehingga kini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Fizi, 35, dalam InstaStory miliknya, lelaki itu turut mendakwa Shakilla sebenarnya ada hubungan dengan lelaki lain.

“Bapa dia kau elakkan jumpa. Kekasih kau bawa jumpa. Siap pimpin tangan anak. Kau ‘claim’ hidup single sorang-sorang,” katanya.

Dalam hantaran sama, Fizi turut menyelar tindakan Shakilla berpura-pura menjadi mangsa keadaan dengan membesarkan anak sendirian dan menafikan semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Malah, Fizi turut mendakwa kekasih kepada Shakilla yang dianggap sebagai ‘penyondol’, turut diterima baik dalam keluarga bekas isterinya itu.

“Depan netizen acah-acah suci, hidup seorang besarkan anak. Lepas itu nafikan semua benda. Keluarga dia siap terima penyondol itu.

“Kifarah ada, tak kena pada diri sendiri, nanti kena pada ahli keluarga sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Kata Fizi, dia menunggu Ameena untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada.

Bagai tiada kesudahan, Fizi kemudiannya memilih untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan kemelut membabitkan urusan penjagaan anak dengan Shakilla.

Dia masih tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya itu apabila panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018, namun berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun.

Fizi kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI