fbpx

Cuaca buruk di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di lapan negeri pada sebelah petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan negeri Perak (Hulu Perak), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Pahang (Jerantut), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat dan Muar)

“Selain itu, di Sabah iaitu di Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan Beluran dan Sandakan) serta Sarawak iaitu di Samarahan (Asajaya dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat).

“Keadaan tersebut dijangka akan berlarutan sehingga pukul 6 petang nanti,” katanya.

Semalam, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak berkuat kuasa mulai Khamis hingga Jumaat ini.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di timur Sabah dan Sarawak.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI