fbpx

Cadangan buka rumah pelacuran tidak boleh diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im.

PUTRAJAYA – Cadangan membuka rumah pelacuran adalah tidak boleh diterima sama sekali dan sewajarnya ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, cadangan diberikan adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah selain ia jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam serta Maqasid al-Syariah

“Cadangan tersebut telah mengundang polemik dan kontroversi dalam masyarakat memandangkan pelacuran merupakan aktiviti yang tidak dibenarkan menurut undang-undang di Malaysia.

“Pelacuran merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574]. Antara peruntukan berkaitan kesalahan pelacuran adalah mengikut Seksyen 372, Seksyen 372A, Seksyen 372B dan Seksyen 373.

“Disamping, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] juga terdapat beberapa peruntukan yang berkaitan dengan kesalahan pelacuran, antaranya Subseksyen 21– pelacuran; Seksyen 22 dan Seksyen 23,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pelacuran adalah jenayah berat di sisi undang-undang Islam yang termasuk dalam kategori hudud.

“Pelacuran dan zina adalah perbuatan yang melibatkan hubungan seksual di luar hubungan perkahwinan.

“Secara umumnya, kebanyakan ulama terdahulu membincangkan isu rogol di bawah jenayah zina kerana ia mempunyai perkaitan yang rapat, iaitu persetubuhan haram,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI