fbpx

Ahmad Maslan pun ada wajah gaya retro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad berkongsi gambar yang diubah ke gaya retro hasil kreativiti seorang pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila memuat naik tiga keping gambar menunjukkan wajahnya diubah kepada gaya retro.

Menerusi ciapan yang dikongsi di aplikasi X miliknya, Ahmad Maslan dilihat berpuas hati dengan perubahan hasil wajahnya.

“Macam-macam dalam media sosial yang mengubah wajah saya ke era rock kapak 80 dan 90an. Kreativiti yg menarik,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gambar yang dikongsikan.

“Inilah kesan apabila makan nasi goreng Ahmad Maslan,” komen Afiq Zainudin.

“Muka nak sama macam Yoe Parey,” tambah Emy.

“Ada iras pemain bola Korea Selatan, Park Ji Sung,” kongsi Aufa Shahrain.

Hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 174 perkongsian dan 449 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI