fbpx

[VIDEO] Rumah pelacuran perlu, pendatang asing ramai – Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSYAM berpendapat bahawa rumah pelacuran itu perlu bagi mengurangkan kes rogol dalam kalangan pendatang asing di negara ini.

PETALING JAYA – Pelakon senior, Datuk Rosyam Nor meluahkan pandangan peribadi apabila bersetuju dengan kewujudan rumah pelacuran di negara ini.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berasakan perkhidmatan itu dapat membantu mengurangkan kes rogol melibatkan warga asing yang semakin meningkat.

“Pusat pelacuran perlu sebenarnya sebab di negara kita ada lebih kurang tiga juta pendatang asing yang bekerja di sini.

“Bini mereka ditinggalkan pula. Namanya pun lelaki, kalau dia tidak lepaskan (nafsu), dia mahu ‘tonjol’ di mana?

“Mereka (warga asing) tengok anak dara dan bini kita, silap-silap dia rogol, boleh sampai ke tahap itu,” katanya menerusi siri podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok.

Bimbang dengan situasi yang berkenaan, pelakon filem Juang itu berharap kewujudan rumah pelacuran setidak-tidaknya dapat menangani peningkatan bilangan kes jenayah melibatkan seksual di Malaysia.

“Sebab mereka duduk sini, malam dah tidak bekerja. Dia pun tengok benda yang sama, pornografi juga.

“Jadi, apabila ada rumah pelacuran, sekurang-kurangnya dia pergi ‘bayar’ di sana. Ini pandangan peribadi saya sahaja, mungkin salah atau betul,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, pandangan Rosyam tidak dipersetujui netizen yang lebih mementingkan ilmu agama dalam melakukan sebarang keputusan.

“Haram tetap haram. Orang kalau ada masalah dari segi seksual memang akan tetap bermasalah walaupun ada pusat pelacuran,” kata netizen.

“Kalau Islam dan tahu zina itu haram. Jika dia tahan pasti dia ‘berpuasa’,” ujar netizen.

“Bila benarkan ini berlaku mereka hanya akan lebih berfantasi untuk berhubungan dengan orang tempatan,” jelas pengikut. -KOSMO! ONLIN

@suhanchannelofficial

Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita

♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Podcast Hitam Putih Kehidupan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI