fbpx

Konflik Palestin-Israel: Jurulatih pasukan bola sepak Palestin mati dibom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu al-Abed terbunuh dalam satu serangan udara askar Israel di Gaza. – AJA

BANDAR GAZA – Jurulatih pasukan bola sepak Olimpik Palestin, Hani al-Masdar terbunuh dalam serangan udara tentera Israel di Bandar Gaza, lapor akhbar Palestine Chronicle semalam.

Persatuan Bola Sepak Palestin dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan berita kematian Hani atau lebih dikenali sebagai Abu al-Abed.

“Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin, keluarga Persatuan Bola Sepak Palestin dan seluruh komuniti sukan Palestin meluahkan rasa sedih yang tulus atas pemergian bekas bintang bola sepak dan jurulatih  pasukan kebangsaan Olimpik, Hani Al -Masdar (Abu al-Abed).

“Abu al-Abed meninggal dunia disebabkan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki bulan ketiga. Allahyarham kini menyertai keluarga bola sepak dan gerakan sukan Palestin lain yang syahid,” kata kenyataan tersebut.

Menurut Persatuan Palestin, lebih 1,000 ahli belia, sukan dan pergerakan belia terbunuh setakat ini dalam perang Israel di Gaza, yang bermula pada 7 Oktober lalu.

Ketua persatuan tersebut juga menuduh Israel sengaja menyasarkan kemudahan sukan dan ibu pejabat sukan serta kelab Palestin.

Beberapa stadium bola sepak profesional di Gaza sering menjadi sasaran askar Israel sejak permulaan perang  tersebut.

Malah sebelum perang bermula, pemain-pemain Palestin sudah menjadi sasaran askar Israel dengan ada yang terbunuh, cedera atau ditahan atas pelbagai tuduhan.

Pasukan bola sepak Palestin termasuk pasukan kebangsaan juga sering dihalang daripada bergerak bebas antara Tebing Barat yang diduduki Rejim Zionis  dan Semenanjung Gaza, selain dilarang menyertai perlawanan peringkat serantau dan antarabangsa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI