fbpx

Kim Pan-gon akui tugas lebih mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara perlu menggunakan kesempatan aksi menentang Syria untuk membuktikan tahap persiapan menjelang aksi sebenar Piala Asia. - FB FAM

AKSI persahabatan dengan Syria hari ini bakal menjadi penanda aras sejauh mana kemampuan skuad negara dan keinginan mereka untuk menggapai sesuatu yang lebih istimewa pada saingan Piala Asia 2023.

Peluang kali ini tidak sekadar menjadi medan membuktikan kejaguhan sebaliknya penentu tahap pemahaman taktikal oleh pemain yang bakal dipraktikan pengendali negara, Kim Pan-gon sebelum membuka tirai Piala Asia bertemu Jordan 16 Januari ini.

“Salah satu kekuatan saya adalah mempunyai pelbagai strategi dan sistem untuk menghadapi perlawanan berbeza. Sebagai jurulatih pasukan kebangsaan, tidak banyak boleh kami lakukan tanpa adanya model permainan yang jelas kerana kami tidak ada banyak masa untuk latihan (seperti kelab).

“Malaysia kini mempunyai model permainan yang sudah pun jelas. Jadi, jika kami memiliki kepakaran ini, kami pasti boleh hadapi mana-mana pasukan dan pada bila-bila masa.

“Mereka yang mengenali saya akan tahu yang saya mempunyai sejarah mampu menghadirkan keputusan baik dalam tempoh singkat,” kata Pan-gon.

Ketika ini Pan-gon membawa tanggungjawab besar untuk mencipta sejarah baharu Harimau Malaya memandangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut meletakkan harapan untuk cuba melepasi peringkat kumpulan.

Berdasarkan rekod sebelum ini, Pan-gon berjaya mencipta keputusan positif ketika menentang lawan di ranking lebih baik ketika seri 2-2 dengan Syria, mengikat China 1-1 dan tewaskan India 4-2.

Kehadiran pemain naturalisasi baharu, Romel Morales dalam senarai 26 pemain Harimau Malaya mula membungakan harapan besar ketika bekas pemain Kuala Lumpur City itu dilihat mampu menambah bisa di barisan serangan Harimau Malaya.

Berdasarkan perkongsian data FIFA+, Pan-gon memiliki kadar purata 66 peratus kemenangan dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 perlawanan iaitu lebih baik berbanding semua bekas jurulatih terdahulu.

Selepas aksi dengan Jordan, Harimau Malaya bakal meneruskan kempen Kumpulan E bertemu Bahrain pada 20 Januari dan Korea Selatan (25 Januari).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI