fbpx

Kedatangan Ahmad Zahid ke Sabah tiada kaitan dengan pergolakan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kanan) bersama pemimpin UMNO malam tadi dipercayai hanya bagi membincangkan perkembangan semasa politik Sabah. -Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama pemimpin UMNO malam tadi dipercayai hanya bagi membincangkan perkembangan semasa politik Sabah.

Tiada sebarang kenyataan berkaitan topik perbincangan atau hasil pertemuan tertutup itu yang berlangsung hingga lewat malam tadi.

Setiausaha Politik kepada Ahmad Zahid, Datuk Jamal Nerubi menafikan kedatangan Ahmad Zahid ke Sabah ada kaitan dengan pergolakan politik di Sabah, sebaliknya kedatangan beliau adalah disebabkan atas urusan rasmi bagi memenuhi jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bagi menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas di Kota Belud hari ini.

“Lawatan kali ini tiada kaitan dengan pergolakan politik sebagaimana yang disiarkan oleh beberapa portal dalam talian.

“Kita menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi dan dakwaan berkenaan adalah usaha memburukkan nama Timbalan Perdana Menteri di samping usaha untuk memecah belah kesatuan dalam UMNO Sabah,” katanya.

Jamal turut menjelaskan pertemuan Ahmad Zahid dengan pemimpin UMNO Sabah yang diadakan di sebuah hotel di sini, malam tadi, adalah program santai dan ramah, tanpa membabitkan perbincangan isu politik.

Sementara itu, Ahmad Zahid dijangka mendedahkan tujuan dan hasil perjumpaannya dengan pemimpin UMNO Sabah pada sidang media di Kota Belud hari ini.

Kelihatan dalam perjumpaan berkenaan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin dan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI