fbpx

Jordan Henderson mahu pulang ke EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON

LONDON – Bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson dilapor berminat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas setengah musim beraksi di Liga Arab Saudi bersama Al-Ettifaq.

Pemain tengah England itu dipercayai berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri bersama liga dan kelab baharunya selepas melengkapkan perpindahan bernilai £12 juta (RM71.07 juta) pada musim panas lalu.

Henderson dikatakan bersedia untuk meneliti sebarang tawaran yang mungkin akan diterima pada jendela perpindahan kali ini sekali pun ia menyebabkan dia kehilangan pendapatan yang cukup besar.

Salah satu faktor keputusan tersebut mungkin diambil Henderson adalah disebabkan prestasi buruk pasukannya itu yang menyebabkan jurulatihnya, Steven Gerrard berada dalam tekanan apabila mereka gagal meraih kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir.

Selain itu, masalah cuaca panas dan lembab juga menjadi faktor pemain berusia 33 tahun itu gagal menyesuaikan diri, malah sokongan peminat yang suram meleburkan semangat Henderson untuk beraksi apabila jumlah kehadiran peminat berada di sekitar 7,800 orang dalam setiap aksi ketika stadium mereka memiliki kapasiti sehingga 35,000 penyokong.

Bersama Al-Ettifaq, Henderson menerima pendapatan mingguan sebanyak £700,000 (RM4.14 juta) tanpa cukai, namun ia hanya dapat diaplikasi sekiranya berjaya kekal di Arab Saudi untuk tempoh dua tahun.

Keputusan untuk pulang ke England selepas enam bulan menyebabkan dia perlu melunaskan cukai sebanyak 20 peratus iaitu kira-kira £7 juta (RM41.46 juta) kepada kerajaan Arab Saudi, malah tidak mungkin menerima gaji yang sama bersama pasukan baharu nanti.

Ketika ini, beberapa pasukan di EPL seperti Crystal Palace, Fulham dan Newcastle United berada di pasaran perpindahan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah dilihat sebagai kelab yang berpotensi untuk disertai Henderson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI