fbpx

Harga bawang import naik, RM9 sekilo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga bawang import di Pulau Pinang meningkat sehingga RM9 sekilogram ketika ini. - Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya menjalankan siasatan segera berhubung kenaikan harga bawang yang terlalu tinggi pada masa ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, menerusi tinjauan yang dijalankan di Pulau Pinang menunjukkan harga bawang yang diimport dari India dijual RM9 sekilogram.

“CAP amat bimbang dengan kenaikan harga bawang yang dijual di pasaran negeri ini.
Semasa perayaan Krismas sebelum ini, harga bawang dikawal pada RM5 sekilogram dan telah meningkat hampir 100 peratus dalam tempoh kira-kira dua minggu selepas itu,” katanya di sini, petang tadi.

Menurutnya, pemborong mendakwa bahawa masalah itu bermula apabila bekalan dari India berhenti.

“Mereka juga memaklumkan bahawa daripada seguni bawang import seberat 10 kilogram (kg), hanya 60 peratus boleh dijual manakala 40 peratus lagi rosak dan busuk,” katanya.

Dalam pada itu, seorang peniaga acar buah, Roseliani Zakaria berkata, kenaikan harga bawang memang ketara pada masa ini dan dia mengelak untuk membeli bawang merah di kedai-kedai runcit kerana harganya meningkat dengan mendadak.

Katanya, dia akan membeli bawang di pasar raya bagi mendapatkan harga yang agak murah kerana dia membeli bawang dalam kuantiti yang banyak.

“Produk acar buah yang saya jual memang menggunakan bawang yang banyak jadi saya perlu mencari tempat yang menjual bawang pada harga berpatutan.

“Saya akan membeli bawang dalam kuantiti yang banyak di pasar raya kerana harganya jauh lebih murah berbanding yang dijual di kedai runcit,” katanya.

Tambahnya, sebagai pengguna dia berharap agar pihak berkuasa dapat memantau harga bawang agar kenaikannya tidak membebankan pengguna terutama peniaga-peniaga kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI