fbpx

Konflik Palestin-Israel: Budak 3 tahun mati ditembak polis Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengawal sempadan Israel mengawal pos pemeriksaan dekat Kampung Biddu semalam. - Foto AFP/Getty Images

RAMALLAH, Tebing Barat – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun ditembak mati oleh polis Israel di Tebing Barat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dalam kejadian itu, anggota-anggota polis Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah van yang turut dinaiki kanak-kanak perempuan tersebut.

Van itu juga dinaiki oleh dua penduduk Palestin.

Ketika kejadian, sebuah kenderaan lain yang mengekori van itu merempuh dua anggota polis di sekatan jalan raya dekat kampung Palestin, Biddu.

Ekoran itu, anggota-anggota polis mengejar van tersebut dan melepaskan tembakan yang  membunuh dua penduduk Palestin berkenaan.

Bagaimanapun, mereka secara tidak sengaja tertembak kanak-kanak perempuan tersebut. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI