fbpx

Alonso akui sukar fahami karakter jentera moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO mengakui beberapa kesilapan memberikan maklumat mengenai jentera memberikan kesan besar kepada prestasinya di litar. - AFP

OVIEDO – Pelumba Aston Martin, Fernando Alonso mendedahkan saingan Formula Satu (F1) ketika ini lebih sukar kerana sering berdepan masalah untuk menjelaskan kelemahan jentera kepada mekanik.

Dia yang juga juara dunia dua kali berkata, jentera era moden lebih sukar untuk difahami serta ‘dijinakkan’, sekali gus mencetuskan salah faham antara pelumba dan krew pasukan termasuk jurutera.

Alonso menjelaskan, adakalanya dia mampu menamatkan perlumbaan di kelompok teratas meskipun berdepan beberapa isu teknikal sepanjang saingan dan begitu juga dengan sebaliknya.

“Jentera era moden sangat sukar untuk difahami dan disebabkan itu maklum balas daripada pelumba juga menjadi tidak jelas. Kadang-kadang saya ada rasa jentera tidak seimbang tetapi mampu tamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

“Adakalanya saya rasakan jentera berada dalam keadaan terbaik, tiba-tiba sekadar berada di kedudukan ke-14. Perkara ini menyebabkan perlumbaan F1 sekarang semakin sukar berbanding dahulu,” katanya.

Pelumba Sepanyol itu dijangka berdepan lebih banyak masalah pada masa akan datang selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mungkin menetapkan peraturan baharu berhubung berat jentera.

“Saya percaya ia akan menjadi semakin rumit selepas ini. Jika dahulu, saya boleh beritahu dengan tepat kepada mekanik sekiranya terdapat sebarang masalah pada casis, aerodinamik ataupun tayar,” ujar Alonso. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI