fbpx

Tikam dada isteri sebelum maut terjun tingkat 17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lelaki Indonesia meninggal dunia akibat terjun dari tingkat 17 sebuah kondominium di Setapak, di sini, semalam, selepas menikam dada isterinya dengan sebilah pisau.

Difahamkan, tragedi antara pasangan suami isteri Indonesia itu berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan mendapati pertengkaran antara mereka berpunca daripada perselisihan faham.

“Ketika pertengkaran berlaku, suspek bertindak menikam isteri pada bahagian dada dan berlari ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium berkenaan.

“Suspek berusia 44 tahun itu kemudian ditemui maut berhampiran kolam renang di tingkat bawah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, mangsa berusia 37 tahun telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI